Saturday, January 10, 2009

Gambar Nenas Batu

Ini la antara gambar nenas batu yang aku ambil. Bukan la semuanya bersaiz sama kan? mcm buah buah lain la, ada yg besar, ada yg kecik, tp khasiat tetap sama lah. Dengan izin Allah :)



Antara Khasiat Nenas Batu

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

5. Melawaskan kencing.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.

5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.

Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

*Note:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world!

Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.

Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)

(minum byk2 takut panas!)


Ada lagi cara lain utk guna Nenas Batu ni, samada anda ingin rebus terus pon boleh juga. Tapi airnya akan menjadi lebih pekat, warna air yg direbus tu akan menjadi kemerahan. Makin lama direbus, lagi gelap merah warnanya. Jika anda tahan/mampu utk minum... teruskan lah, jika tak, gunakan cara yg pertama yg telah diberitahu seperti di atas tadi.

Bagi saya sendiri, adalah lebih baik anda meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang.

Intro Nenas Batu

Assalamualaikum :)

Nak tau mengenai Nenas Batu? Mari aku share perkara2 yg aku tau...

Khasiat2 dia memang dah tau kan? yg slalu di ketahui umum nye sebab digunakan org pompuan untuk mengecutkan rahim.Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah...

Bukan untuk pompuan aje, laki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali... bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur... selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan ;)

Yg ni dari Mesir punya, aku pergi cari sendiri, kutip sendiri, hantar balik Malaysia.. saiz dia 3-4x ganda lebih besar dari Malaysia punya. InsyaAllah elok2 belaka...